Followers

Tuesday, March 22, 2011

boring....

Tak tau mana nak luahkan...di sini lah tempatnya...di sini lah Ellen melepaskan segala galanya...ribuan terima kasih yang sudi singgah dan membaca kisah ini...

Ellen sangat2 terharu rupanya Ellen tidak keseorangan dalam menghadapi saat2 ini, Ellen kan ada korang2 yang selalu meceriakan...walau ini semua umpama senyum dalam duka...tapi Ellen akan tetap senyum...sebab senyum itu adalah satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata2...

Sekarang dah  jam 4.30 petang, dah sampai masa melawat...walau Ellen cuma seorang dalam bilik ni, sebab katil sebelah lum ada penghuninya...Ellen dapat lihat dari tingkap , banyak kereta2 dah memenuhi kawasan parking kat bawah tu....tapi di mana mereka?Tau kah mereka yang saat dan tika ini Ellen sedang menghadapi masa2 yang mana Ellen perlukan mereka....Ellen tak mampu mengapai mereka yang sudah semakin jauh...hati ini terasa pedih sekali bila teringatkan mereka...payah sekali untuk Ellen gambarkan perasaan ini...

Jarum di tangan Ellen yang tadinya telah menyebabkan bengkak telah selamat di tukar oleh misi manis...sweet sangat wajahnya...siap lagi memesan..jangan terlalu bengkokkan tangan itu dan jangan terlampau FB..hahaha..ada ada saja adik itu....

Malam nanti Ellen akan menjalani satu lagi fasa rawatan...rawatan yang ke3...Ellen akan benarkan saja air2 ubat yang entah berwarna apa...sebab Ellen tak nampak warnanya...ianya dibalut dengan kain warna hitam saja...nak saja Ellen tengok apa kah ada kat dalam tu...harap2 selepas rawatan ini.Ellen tidak akan rasa apa2...

oklah..Ellen nak tidur lagi sekejap sebab mata ni dah nak layu plak...keja Ellen kat sini cuma...bangun, Tidur, Blog dan FB...boring sangatlah....


Kuatkanlah Ellen.....

Saat Ellen menaip ni..airmata Ellen jatuh lagi...rasa penat mencengkam diri...entah pada siapa lagi akan Ellen luah kan semua ini., teda sapa2 di sisi ellen tika ini...segalanya hanya Ellen saja...tangan ini pun dah terasa kebasnya dan belum lagi Ellen meminta bantuan misi yang datang tadi.

Hidangan tengahari telah pun sampai, tapi Ellen tak ada selera bila melihat makanan tersebut, biarpun pagi tadi Ellen sendiri yang memilih menu tersebut, Sup tomato tu rasanya sangat teruk, rasanya boleh buat Ellen nak muntah bila makan tadi...adakah ini kesan dari ubat yang telah masuk ke dalam badan Ellen saat ini...Ellen sedih..Ellen tak tau pada siapa nak luahkan..syukur ja Ellen ada blog ini...di sini lah akan ku luahkan segala isi hati ku...bukan untuk tatapan sapa2 tapi sebagai kenangan....

Terlintas di hati Ellen, apakah selepas Ellen buat rawatan ini, Ellen akan macam besa atau berbeza...ini baru rawatan kedua...ada lagi rawatan2 seterusnya...Tadi Doktor ada melawat Ellen dan memberitahu yang Ellen boleh kuar wad, jika teda masalah hanya pada Jumaat nanti...aduii, lama rasanya...apapun Ellen tak kuasa untuk membantah....terima ja la...semoga segalanya berjalan dengan lancar...

Semasa Ellen ke wash room sebentar tadi, kepala Ellen pening...lemah seluruh badan Ellen...Ellen menangis lagi sebab teda sapa yang membantu...di mana mereka??...ada cadangan dari hubby untuk mengupah orang untuk menjaga Ellen tapi Ellen tak nak sebab kami tak cukup RM untuk itu semua...ni nak buat rawatan ni pun dah teruk rasanya...kena buat segalanya...wang simpanan semua dah abiss..tapi Ellen percaya, rezeki ada di mana2..kesihatan lebih di utamakan...

Rasanya Ellen nak tido sebentar...mata ni pun dah kuyu...Ellen nak ucap thanks pada Kak Diana...kerana sudi nak baca setiap kisah Ellen di sini...

"teruskan menulis ellen kalau itu bisa buat ellen tidak kesunyian lagi..akak baca!!:"


Ini Komen Kak Diana dalam entry Ellen sebelum ini..Thanks Kak..amat menghargainya

Kali kedua....

Semalam Ellen telah melalui rawatan yang kedua dan akan ada lagi rawatan2 seterusnya,semoga Ellen kuat untuk menghadapi semua ini...

Selepas rawatan pertama, Ellen tak merasa apa2 kesan , cuma rasa lapar yang melebih saja, tapi apakan daya, nak makan benda2 yang diingini memang payahlah buat masa ni..satu sebab ialah kena berdiet..bukan saja diet dari segi makan tapi diet dari segi RM,...yalah nak buat treatment ni bukan sesuatu yang murah...huhu..abaikan...sedih ni!!!

Selepas menjalani rawatan yang kedua, Ellen rasa penat dan badan ni cam lemah sket, pening2 dan rasa tak berdaya nak bangun ..tapi demi kebosanan dan kerinduan mendalam pada blog..Ellen gagahi juga untuk on lappy ni dan terus berada di tempat2 korang....tangan Ellen bengkak..mungkin kerana jarum yang masih ada kat tangan ni...tak per, nanti nak minta tolong misi tu tukarkan. 

Ellen rasa betul2 kosong di sini...hubby cuma datang bersama anak ellen masa hari dah malam, maklumlah kan kena kerja lebih masa untuk dapat duit lebih sikit...masa ni la Ellen rasa betul2 cam kehilangan...tercari2...alangkah baiknya kalo ellen pun macam orang lain yang punya keluarga untuk dapat kasih sayang mereka..malangnya Ellen tak punya semua itu sudah...sejak tau akan kedudukan sebenar Ellen dalam keluarga itu, mereka sudah tidak ambil tau tentang apa yang terjadi ngan Ellen...Ellen sedih sangat tapi Ellen tak boleh lawan kenyataannya...Ellen bukan sapa2 dalam keluarga itu..Ellen cuma penumpang kasih sayang yang dibelai sewaktu mereka belum ada apa2...Kini , tinggallah Ellen bersendirian melayan kehidupan sendiri...pernah juga Ellen terfikir...di mana keluarga ku yang sebenarnya..?malangnya tidak ada siapa pun yang dapat menjawab persoalan ini..Ellen kena kuat untuk menghadapi ini semua, walau perit dan payah sekali akan Ellen cuba untuk meneruskan sisa2 hidup ini...

Semalam saat Hubby dan anak Ellen datang, Ellen menangis dan mengadu tentang ini, cuma kata "Sabar" saja yang dapat hubby berikan pada Ellen, anak ellen cuma melihat saja sebab dia tak faham apa sebenarnya berlaku pada mummynya...Sabarlah anakku, suatu hari nanti, Kau akan tau juga.....

Sekiranya keadaan Ellen stabil , rawatan akan diteruskan hari ini...doakan saja ya korang2...agar esok ada lagi untuk Ellen terus bersahabat dengan korang...

Harapan Ellen cuma satu....ingin melihat anak Ellen membesar di depan mata...tapi kalo sudah takdirnya sesuatu yang berbeza dengan apa yang Ellen ingini...Ellen pasrah....


p/s....Entry ini bukan untuk menarik perhatian orang untuk membacanya, inilah kisah ellen sebenar...tidak ada kaitan dengan orang lain....entry ini ellen tinggalkan untuk mereka2 yang berkenaan dalam hidupku agar ianya menjadi kenangan bila sampai masanya....

Monday, March 21, 2011

Ellen on treatment

Masa ni Ellen berada di tempat di mana nak teruskan treatment untuk sesuatu yang memang mesti ellen lakukan...ni bukan kali pertama ellen buat benda ni tapi kali ni lagi hebat dari yang lalu sebab ianya lebih kuat....so Ellen mohon agar korang2 semua doakan Ellen ya...

Mungkin ada yang tertanya2...apa benda la Ellen story2 ni...tak faham lak...korang selalu2 la jenguk2 kat sini sebab Ellen akan story kan apa sebenarnya terjadi pada Ellen dan siapa Ellen sebenarnya ...memang selama ini korang kenal Ellen, tapi tak kenal secara lebih kan..hanya beberapa rakan blogger yang kenal dan tau kisah hidup Ellen...terutama mereka yang pernah sama2 dalam Padinno Kopitiam suatu masa dulu...even rakan blogger yang senegeri atau satu kampung ngan Ellen juga tak tahu apa yang terjadi dengan Ellen..sebab bagi Ellen , ini bukan cerita best untuk di hebohkan....pun begitu ellen buat blog personal ini agar apa yang sempat Ellen tulis kat sini akan jadi kenangan buat kalian semua....andai tiada sudah hari esok dan ini entry terakhir..terimalah apa yang tersurat di sini sebagai kenangan persahabatan kita.

Mungkin ada yang bertanya , terutama pada cikTom...cerita yang ellen ceritakan di sini semuanya kisah benar, mungkin di olah sedikit2 untuk mencantikkan bahasa yang ellen tak reti nak cantikkan....

Apapun..Ellen just mau korang doakan Ellen selamat menjalani treatment ini...dan akan terus dapat bersama2 lagi...Ellen sayang semua....Thanks kerana sudi membaca apa yang ada di sini ya..Tuhan memberkati...


Thursday, March 17, 2011

Migrain saja!No point pergi hospital hari hari

Sambungan dari entry Aduh!! sakitnya kepalaku..

Sampai saja saya ke rumah, saya terus masuk ke bilik dan berehat tetapi kepala saya masih sakit dan saya rasa seperti mau muntah saja....ku paksa diri ini untuk melelapkan mata agar kesakitan itu tidak terasa sangat, namun  kesakitan itu datang dan terus datang, menusuk2 di kepalaku....Tanpa disedari, saya berteriak dengan kuat sekali sambil menangis...."Aduh, sakitnya kepala ni, tolonglah, saya tidak tahan sudah"...rasanya seperti sudah tidak dapat bernafas lagi, lalu adik saya datang kepada saya dan bertanya, "Kakak, kenapa ni teriak teriak, kalo sakit diam diam saja lah"..saya terdiam dan terus menangis. Sampai hati juga adik saya berkata demikian dengan saya, sebelum adik saya keluar dari bilik, saya sempat bertanya, "Sapa yang suruh adik bagitau kakak ni?" soal saya.

"Daddy lah yang suruh, dia bilang bising saja"...lalu saya terkedu sebab bukan saya dijenguk tapi saya dimarah pula.

Saya terus menangis dan berusaha untuk tidak beteriak lagi . Lalu saya tertidur. Bila saya bangun, rupanya dah tengah malam dan saya belum mandi dan makan lagi.  Perut ini terasa lapar sekali dan saya gagahi diri ini untuk ke Kamar mandi untuk membersihkan diri. Saya berharap agar sakit kepala itu sudah hilang.  Semasa sedang mandi, sakit kepala itu datang lagi dan saya hanya mampu untuk duduk dan memicit kepala sambil menangis. Rasanya sudah lebih kurang setengah jam saya menangis dan saya cuba bangun dan baru rasa kesejukan sebab badan masih basah kerana air paip masih terpasang...saya mencapai tuala mandi dan terus berbaring di atas katil.  Selepas beberapa ketika saya cuba untuk ke dapur pula sebab sudah tidak tahan dengan bunyi perut yang kelaparan itu.  Apabila sampai ke dapur, alangkah sedihnya rasa hati saya, sebab tidak ada makanan pun yang ditinggalkan untuk saya. Lalu saya beredar balik ke bilik setelah minum segelas air putih saja. Saya terus tidur dengan rasa berdenyut denyut di kepala saya. 

Awal pagi itu, Adik  mengetuk2 pintu bilik menyuruh saya bangun sebab nak ke sekolah, saya membuka mata dan terus duduk. Rasanya kepala tu dah ringan sedikit, lalu  bersiap untuk mandi pagi..Selesai mandi pagi,saya turun ke bawah untuk sarapan pagi dan yang ada hanyalah sepiring mee hoon dan segelas air kosong. Saya terus makan sebab waktu tu perut memang lapar sangat.  

Saya ke sekolah berjalan kaki saja ke sekolah yang cuma terletak 5 minit berjalan kaki, dalam perjalanan saya berdoa agar tak ada penyakit teruk yang menimpa diri ini. 

Masa kelas keempat sejurus sebelum masa rehat , Saya rasa kepala saya mula berdenyut2 lagi dan saya juga merasa pening kepala.  Lalu saya terus mengurut2 kepala dan meminta izin guru yang sedang mengajar untuk ke tandas sebentar.  Sesampai saja saya ke Tandas, saya merasa ingin muntah dan saya muntahkan semua apa yang saya makan pagi tadi.  Kebetulan pada masa itu, seorang pengawas sekolah juga berada di situ dan terus mendekati saya, "Ellen, ko kenapa, sakitkah, mari saya bawa ko p bilik sakit"..saya menganggukkan kepala saya dan terus mengikut pengawas itu. Saya terus berada di bilik sakit itu sampai masa pulang dan kawan2 saya datang dan membawa saya pulang ke rumah.  Sesampai saja saya di rumah saya terus tidur sampailah ke petang.  

Pada malam itu, saya merasa kesakitan itu lagi dan tanpa di sedari saya berteriak lagi , sama seperti semalam..adik saya datang kepada saya dan berkata, "Ko gilakah ini teriak, teriak". Tapi saya tidak mempedulikan apa yang dia katakan itu dan saya terus berteriak kerana tidak tahan dengan kesakitan itu. Pada masa itu, kebetulan Aunty saya ada di rumah dan membawa saya ke hospital.

Sesampai di Hospital, saya di bawa ke Bilik kecemasan dan kebetulan yang bertugas masa itu adalah jururawat yang sama semalam, dia melihat saya dan berkata , "Aik, adik ni lagi, kan semalam dah bagitau ini migrain saja, no point hari2 nak datang sini". 

Saya terus mendiamkan diri sebab saya tidak tahan dengan kesakitan itu.

bersambung...


Wednesday, March 16, 2011

Aduh!!Sakit kepalaku....

Saya sedang rancak bercerita bila saya merasakan kepala ini bagai ditusuk2 dengan jarum....apakah yang berlaku dengan saya??...Saya menangis dan semua rakan2 memandang dan datang kepada saya, "Ellen, kenapa ko menangis"..saya tak mampu lagi untuk menjawab segala pertanyaan mereka malah saya terus menangis sambil memicit2 kepala saya...

Mereka terus saja memapah dan membawa saya menaiki kereta dan menghantar ke Hospital...Sesampai saja saya di Bilik Kecemasan, Jururawat telah mengarahkan agar saya di baringkan di atas katil...saya masih memejam mata dan meletakkan kedua belah tangan saya di atas kepala  sebab saya tidak tahan dengan kesakitan yang saya rasai saat itu.

Apabila Doktor bertugas datang, "Cik, di mana yang sakit?", saya tak mampu untuk menjawabnya dan cuma menunjukkan bahagian kepala yang sangat sakit itu...Jururawat cuba untuk membuka tangan saya yang masih di atas kepala tetapi saya berkeras untuk tidak mau menurunkannya sebab rasanya saya selesa dengan keadaan begitu. Doktor muda itu berkata, "Adik, tolonglah, kita nak periksa ni"..dengan rasa terpaksa saya turunkan tangan tapi masih lagi memejamkan mata..sakit yang saya rasai amat pedih sekali.  Selepas membuat pemeriksaan...Doktor dan Jururawat itu kembali ke meja mereka, saya menutup semula kepala saya dengan kedua tangan saya.  Tak lama kemudian..Jururawat itu datang dan mengatakan.."Adik, boleh pulang sekarang."..Saya merasa hairan , kenapa tak ada ubat ker, jarum ker yang diberikan pada saya untuk meredakan sakit kepala saya ini.."Kak, tak ada ubatkah?" saya bertanya pada Jururawat itu.  "Tak ada dik, adik berehat saja dirumah sebab adik ni kena migrain"..

Saya terus turun dari katil dengan keadaan yang terhuyung hayang menahan kesakitan itu, Saya keluar dan terus mencari kawan2 saya...mereka terus menyambut saya dan membawa saya duduk di kerusi. "Aik, Ellen, ko ok sudah" soal Veron pada saya.  "Oklah mungkin  ni, sebab Dr bilang saya kena migrain saja. marilah kita pulang" Jawab saya lantas berdiri mendahului mereka.  Mereka membawa saya ke kereta dan menghantar saya pulang ke rumah..

Sampai saja saya ke rumah, saya terus masuk ke bilik dan berehat tetapi kepala saya masih sakit dan saya rasa seperti mau muntah saja....




bersambung......

Tuesday, March 15, 2011

Aku seorang anak

Langit memang tak selalunya cerah.....demikian juga kehidupan kita di dunia ini...tidak semua yang kita harapkan akan berhasil dengan baik...namun apa yang penting bila kita menghadapi sebarang masalah di dalam menjalani hidup ini, seharusnya kita harus tabah dan bersemangat kuat untuk meneruskan sisa2 kehidupan ini.

Kalo nak diikutkan ianya memang satu tamparan yang maha hebat lebih kuat dari tsunami yang melanda Jepun baru2 ini...namun ku teruskan saja langkahan kaki ini untuk menghabiskan segala sisa2 hidupku ini...

Tidak cukup satu dugaan yang DIA berikan padaku, kini ku harus lagi menghadapi dugaan baru...dugaan yang amat berat sekali bagi ku...tak mengapalah kan..dugaan itu sesuatu yang baik untuk ku mematangkan diri ini ..biarlah apa saja yang datang, aku akan cuba untuk menghadapinya dengan setenang2 nya...

Saat kata2 diucapkan pada diriku, saat itu jugalah aku menangis,.airmata begitu deras sekali keluar dari mataku...ku cuba untuk menghentikannya namun payah sekali..aku sendiri tidak mampu untuk menahannya dari terus mengalir...sampai saat ini...kata2 itu masih lagi terngiang2 di cecuping telingaku...sampai sekarang aku tidak mampu untuk melarikannya dari ingatanku....perkara ini amat amat menyakitkan hatiku...dan kini sahlah, aku keseorangan di dunia ini....

Tika aku menulis coretan ini, mengalir lagi airmata ku...tidak mampu juga ku tahan ianya dari terus mengalir..aku rindu sebenarnya..rindu pada kehidupan laluku..saat aku masih lagi menjadi salah seorang dari mereka..tapi kini..aku tidak punya sapa2 lagi...yang ku miliki kini hanyalah sang suami dan anak tunggalku...

Aku Percaya setiap apa yang menimpa diriku ini, pasti ada perkara baik yang berlaku...aku terus berdoa dan berdoa..kalo dulu..aku sudah kehilangan arah...di mana sudah Tuhanku, di mana sudah imanku, namun kini, aku telah kembali...terima kasih untuk dugaan ini...


Ini kisah Ellen

Tak tau camana nak mulakan kata kata ini sebab macam tak sanggup nak bagitau semua orang...

Apapun blog ini ellen wujudkan sebagai kenangan dan di sinilah ellen kisahkan hidup ellen yang sebenarnya..kalo dalam blog yang satu lagi..ellen saja nak tarik trafik ke sana tapi di sini tidak...sebab blog ini cuma sebagai kenangan dan tempat ellen melepaskan segala yang ada dalam hati dan perasaan Ellen yang paling dalam sekali...
Tak kisahlah berapa entry ellen buat sehari atau tak ada entry langsung...tak pa la kan...

Apa saja yang tersirat di sini..itulah Ellen yang sebenar....andai satu hari nanti Ellen tak ada lagi di dunia ini...ellen harap ada yang sudi juga membaca apa yang ellen tulis kat sini...


Friday, March 11, 2011

Di sini segala Kisahku

Di blog ini akan ku kisahkan segala perjalanan hidupku...
Bukan untuk merai simpati dari sesiapa,
Tapi sekadar kenangan kala aku sudah tiada...

Inilah catatan pertamaku
Tanggal 11.03.2011
Inilah memori ku
Yang aku tinggalkan di sini...

Ellen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...