Followers

Tuesday, January 8, 2013

Amaran Air Merah- Red Tide|Amaran Memakan Kerang Kerangan dan Lokan


Jum baca info yang berguna ini..jauhi makanan laut buat masa ini ya..

INFO MENGENAI RIBUT SUNAMO


Ini kisah di awal 2013, di mana di jangka Negara kita Malaysia akan mengalami satu ribut yang kuat yang di kenali sebagai Ribut Sunamo..
Kita berdoa agar Negara kita di jauhkan dari segala malapetaka ini
Ellen ambil keratan akhbar ini yang memberikan info mengenai Ribut Sunamo ini

Ribut Sunamo dijangka menyebabkan angin kencang serta hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir gelombang ketiga di negeri ini.
Ribut tropika dengan kekuatan 112 kilometer (km) sejam itu kini berlegar di perairan Laut China Selatan, namun orang ramai tidak perlu panik kerana ia dijangka tidak akan membadai negara ini.
Sebaliknya, kekuatan ia dijangka berkurangan kepada 36km sejam dan menghampiri perairan Dungun sejauh kira-kira 600km hari ini dan esok.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad memberitahu, walaupun kekuatan sudah berkurangan namun awan yang disedut ribut berkenaan ketika ini hingga menyebabkan cuaca panas akan dilepaskan ketika kekuatan ribut itu berkurangan.
"Awan tersebut akan menyebabkan hujan lebat kemungkinan menyebabkan banjir besar yang berlaku ketika gelombang pertama dulu atau lebih besar lagi.
"Ribut ini tidak pernah berlaku di negara ini dan kita sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya 


Tiket Percuma Air Asia 2013|Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia


Kerajaan nak bagi 10,000 tiket Air Asia Free lah...

Tempahan bolehlah di buat bermula Rabu ni 10/1/2013.  Ini adalah untuk penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Feb 2013 ini, Walaubagaimanapun, cukai lapangan terbang dibayar juga ..


Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

 Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.
Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.
So mesti website Air Asia tu akan 'hang' ...ramailah dalam senarai menunggu..jum try...kita fly fly ..hahha

Tahun 2013

Yuhuu...

Lama betul tak masuk kat sini kan...

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa , sebab sekarang ni memang bizi ngan kehidupan seharian kan.

Nanti kita fikir apa nak tulis ya..hahhaa...

Okies chow dulu...Selamat Tahun Baru 2013..padahal dah 8 hari pun..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...